Mengenai Kami

Masjid Al-Ehsan yang dahulunya dikenali sebagai Surau Al-Ehsan setelah diwakafkan pada tahun 1993 diatas sebidang tanah yang berkeluasan 0.4 hektar di syeksyen 24 Shah Alam, Selangor. Masjid Al-Ehsan mampu menampung 500 jemaah yang hadir pada satu-satu masa berdasarkan kapasitinya yang luas malah ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti tempat letak kereta, sekolah rendah agama (KAFA) dan sebagainya. Bagi memastikan keselesaan para jemaah yang hadir, Masjid Al-Ehsan turut dilengkapi dengan sistem penghawa dingin diruang solat bahagian dalam dan sistem pengudaraan yang baik dibahagian luar ruang solat.

 

Masjid Al-Ehsan merupakan salah sebuah masjid disekitar kawasan Shah Alam yang aktif dalam penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti majlis berkhatan, sambutan Maulidul Rasul, majlis korban & akikah, ceramah perdana dan lain-lain lagi. Bagi mencapai matlamat mewujudkan masyarakat berilmu dikalangan qhariah, pihak masjid turut menyediakan kuliah pengajian setiap hari merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti ilmu tauhid, usuluddin, tafsir, feqah, tasawuf dan tajwid. Dewasa ini, sering kali timbul berbagai-bagai masalah sosial dikalangan masyarakat maka pihak masjid mengambil inisiatif menubuhkan Unit Amal yang berperanan membenteras gejala sosial yang berlaku dalam qhariah. Unit amal bertanggungjawab memberi nasihat dan kauseling kepada mereka yang terlibat dan sekiranya melibatkan kes yang serius, maka unit amal berhak membawa kes itu ke pihak yang berwajib.

Events Calendar

04/04/2011 10:00

Doa Pendinding & Penggerak

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK) Oleh: Ismail bin Abu Bakar Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti...

Search site