
Kategori Ibadah - Hukum menggunakan 'inhaler' (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa.
04/04/2011 10:55
Soalan :
Apakah hukum menggunakan 'inhaler' (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa?
Jawapan :
Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat hanya bergantung kepada penggunaan 'inhaler (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan.
Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (keadaan kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib menqqada' semula puasa tersebut.
Sumber: https://www.muftiselangor.gov.my