Kategori Ibadah - Hukum memakai tudung dan ingin meluruskan rambut dengan niat untuk suami.

04/04/2011 11:00

 

Soalan :

Saya memakai tudung dan ingin meluruskan rambut dengan niat untuk suami. Saya muskykil, sekiranya saya meluruskan rambut (teknik rebonding), adakah "chemical" yang digunakan akan menyaluti rambut sehingga menyebabkan tak sah mandi hadas, kerana air tidak sampai pada rambut?

             

Jawapan :

Tidak salah untuk kecantikan bagi suami, tetapi mesti memastikan bahawa bahan kimia itu tidak menghalang air, jika ia bertindak menghalang air dari rambut, maka tidak sah mandi hadas.

Cadangan :

Pastikan bahan-bahan yang digunakan halal dan suci serta tidak menghalang air dari terkena rambut bagi memastikan sah solat dan mandi hadas.

 

Sumber: https://www.muftiselangor.gov.my

Search site