Kategori Sosial/Syariah - Menggugurkan kandungan itu atas sebab kesihatan.

04/04/2011 12:38

 

Soalan :

Assalamualaikum.. Saya daripada Kota Kinabalu.

             

Isteri saya baru saja melahirkan anak 10 bulan lepas melalui pembedahan dan pada 2.12.05 kami telah mengetahui isteri saya telah mengandung lagi (sudah 2 bulan). Menurut isteri saya dia sering mengalami sakit-sakit pada bahagian perut dan masih belum bersedia untuk mengandung lagi.

       

Kemusykilan saya ialah adakah kami boleh menggugurkan kandungan itu atas sebab kesihatan isteri saya?.Segala jawapan daripada saudara/i amat diucapkan terima kasih.

             

Jawapan :

Hukum menggugurkan anak : Haram, kecuali dengan sebab-sebab berikut :

1.Dr. Pakar beragama Islam, mengesahkan bahawa ibu yang mengandung ini akan menghadapimasalah dari segi keselamatan dirinya, sekiranya ia terus mengandung.

2.Janin dalam kandungan itu akan menghadapi kecacatan apabila lahir. Kecacatan yang menyulitkan ibubapanya.

3.Pengguguran itu tidak membahayakan ibu tersebut.

 

Sumber: https://www.muftiselangor.gov.my

Search site